KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi meneruskan aktiviti mengimarahkan Ramadan dengan menghadiri Majlis Sungkei Perdana pada malam tadi.
Majlis diadakan di Astana Negeri Sarawak itu turut disertai Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.
Hadir sama Timbalan Perdana Menteri Dato’ Sri Fadillah Yusof, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar, Menteri di Jabatan Premier Sarawak Dato Sri John Sikie Tayai, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Dato Sri Julaihi Narawi, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, timbalan menteri serta jemputan kenamaan yang lain.
Memeriahkan lagi majlis tersebut dengan kehadiran Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) dan Ketua-Ketua Jabatan.
Ia dimulakan dengan majlis kemudiannya diteruskan dengan solat fardhu Maghrib secara berjemaah di surau Astana Negeri Sarawak.